Friday 24 June 2011

sejarah surah an-nas dan al-falaq

aku nk kongsi2 la ckit...ilmu yang aku dapat time khtbah jumaat tadi... moga2 kita mengetahui sejarah turunnya surah an-nas dan al-falaq...



kt cini aku masukkn 2 surah dan maksudnya kt bawah supaya kita memahami makna disebalik surah yang sllu kita baca sebelum tido...

surah an-nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.



surah al-falaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

kejadian ini berlaku ketika nabi disihir dalam percubaan yahudi untuk membunuh Nabi Muhammad (s.a.w)
dimana seorang yahudi telah mengambil 11 helaian rambut daripada sikat Nabi Muhammad (s.a.w) dah disihir sebelum diletakan di telaga di pinggir mekkah. sehinggalah 2 mailaikat turun untuk bertemu dengan baginda lalu memberitahu bahawa baginda disihir dengan 11 helai rambut baginda di letakkan dihujung telaga di pinggir mekkah. lalu Allah (s.w.t) menurunkan 2 surah an-nas dan al-falaq kepada NabI Muhammad(s.a.w) .dan baginda mengarahkan para sahabat agar ke telaga berkenaan dan menhilangkan sihir2 dengan memcabut setiap helaian dengan 1 ayat pada surah an-nas dan al-falaq sehinggalah selasai 11 ayat pada kedua2 surah untuk 11 helai rambut yang disihir... 

kadang2 kita tahu menghafalnya... tetapi tidak memahami maksudnya.... 
kadang2 kita tahu membacanya..  tetapi tidak megetahui sirahnya... 

terbaik untuk kita bersama... mendengaq dan berkongsi... semoga dirahmati dan diampunkan segala dosa2 kita... amin... peace v...

No comments:

Post a Comment