Friday, 12 August 2011

Zakat fitrah




Salam ramadhan to all kawan2…
Serba sedikit tentng info zakat fitrah semperna bulan mulia nih… tok di kongsi…
syarat untuk ssowg itu byaq zakat?
§  Islam
§  Merdeka
§  Sempurna milik
§  Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
§  Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
§  Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
§  Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Hukum memebayaq zakat??
Hukum mengeluarkan zakat adalaha Wajib berdasarkan ayat Al Quran,Maksudnya: 

" Sesungguhnya sedekah itu bagi fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan musafir. Ia satu kefarduan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". 
Ayat 60 Surah At Taubah 

Dalam hadis pula, antaranya hadis Jibril di mana jibril datang kepada Nabi S.A.W dalam rupa bentuk seorang lelaki.Apabila di tanya tentang Islam, Nabi S.A.W menjawab,Maksudnya :

"Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan naik haji ke Baitullah jika mampu " 
Riwayat Bukhari




8 Golongan asnaf yang layak menerima zakat?
    Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.

2.    Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.


3.    Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.

    Muallaf - Saudara baru memeluk Islam

   Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.


   Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya

    Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.


    Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Kadar zakat ?


Lafaz zakat fitrah




NIAT ZAKAT FITRAH SEORANG DIRI


Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH  TA’ALA”


Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil

“SAYA TERIMA ZAKAT YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI SEBANYAK $..................... KERANA ALLAH TA’ALA”.



         NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA


Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI
SEBANYAK $.................... KERANA ALLAH TA’ALA.


Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :

“SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI
SEBANYAK $.................... KERANA ALLAH TA’ALA.


No comments:

Post a Comment