Friday, 12 August 2011

Nasib ngangkong…

Tu la… mcm2 filem dh tunjuk tentang keburukan ngangkong… tpi masih ramai yg amalkn jgk… adoi… sia2 dvid teo buat filem…. Mula2 main no ekoq… pas2 masuk la ckit bomoh2 nie… pas2 ngangkong… pas2 masuk part ALONG lak….  lps along… masuk kes fmily lak… cerai berai cbb along… mula la fmily berpecah…. Kes kecik ja… last2 jadi bsaq… mcm2 kn??  Nie keratan akhbar tentang nasib ngakong… baca2 la…renung2 la… anda mampu mgubahnya


Penyelia ditipu bomoh tilik nasib diburu along

         
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun bukan saja kerugian RM37,000, malah dia kini diburu along sejak enam bulan lalu gara-gara terpedaya tipu helah seorang lelaki menyamar bomoh tilik nasib hanya kerana mahu mendapatkan nombor ramalan.
Mangsa yang juga penyelia di sebuah kilang mendakwa ghairah untuk menjadi jutawan selepas terpedaya dengan bomoh berasal dari Thailand berusia lewat 40-an itu sehingga dia sanggup meminjam wang daripada along, mencagar barang kemas isterinya selain menggunakan wang simpanannya bagi membayar khidmat lelaki terbabit.

Padahnya, mangsa kini bukan saja kesempitan wang, malah dia dan keluarga diburu along kerana gagal melunaskan hutang pinjamannya RM10,000.
Tidak tahan dengan ancaman along, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berada di rumahnya di Semenyih, dekat Kajang, tertarik untuk menghubungi suspek selepas terbaca kertas iklan dalam peti surat di rumahnya itu, baru-baru ini.

“Sebaik menghubungi ‘tok guru’ terbabit, suspek mendakwa mangsa akan mendapat tuah selain bakal bergelar jutawan selepas diberikan satu nombor ramalan sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaunnya untuk bayaran perkhidmatan.
“Disebabkan terpengaruh, mangsa memasukkan RM110 ke dalam akaun suspek sebagai deposit. Selepas beberapa kali berjumpa suspek di kawasan rumahnya, mangsa yang terpedaya janji suspek diminta membayar sehingga RM37,000,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mencagar barang kemas isterinya selain membuat pinjaman along.
“Namun, selepas memberikan wang diminta suspek, mangsa berputih mata apabila lelaki terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, sejak enam bulan lalu, keselamatan mangsa dan keluarganya terancam kerana diganggu along kerana dia gagal melunaskan pinjamannya.




sumber : Mymetro

No comments:

Post a Comment