Salam ramadhan to all fwen… dh lama x kongsi2 fakta2… so rini baru la ley kongsi2….
Hihihihi… tajuknya layak ka dipanggil ustaz??? Aku baca kt berita harian on9 rini…
Aku tgk cita sal ustaz liwat?? Klaw ampa baca… ampa asa elok ka klaw pgil dya ustaz??
Aku bara(marah) gk la kt penulis berita tersebut… yela… klaw nk HOT kn berita pn…
Tajuk tu klaw ley… cover2 ka ckit… jgn nk cae pblisiti( NK OWG BACA) sgt… pa la
pndng owg bkn islam
Kn bila baca… mesti lepa kata… “ayo… itukah yg islam ajaq kn?? Ustaz liwat?? “
Serba sedikit hilngkn keyakinan mereka pada islam… kn??? seeloknya... tukaq la kepada guru... cbb guru lebih umum...
spa yg belom baca... aku kasi tok ampa baca....
Mutakhir
Ustaz dipercayai liwat pelajar ditahan
2011/08/11
KUALA TERENGGANU: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu. Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di kediamannya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata penahanan suspek berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit petang semalam."Guru berusia 42 tahun itu sudah berkahwin dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lalu di kuarters perguruan sekolah berkenaan, bersebelahan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Manoharan berkata, polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rosila Nik, membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - BERNAMA
mmmm ntahla..dunia akhir zaman
ReplyDelete