Sunday 14 August 2011

mitos khasiat air mayat??


Air mandian jenazah boleh ubati penyakit HIV dan ketagihan dadah??
Biaq btoi… hahahaha… da ka spa2 yg sanggup minum?? Mcm2 kn…
Aku nk mandikn jenazah pn tkt… nie kn plk nk minum… gila kowt… tpi mmg ada
Yang sanggup minum… smua gara2 nk berubah… mmg la bguih nk berubah…
Tpi biaq la kena pada tempat… ayaq kotor tu… mayat… ala2 mndy wajib la…
Ampa sanggup ka minum ayaq mndy wajib ampa?? Adoi… ayaq mani la.. darah
Haid la…mcm2… tu pn ada yg sgup tadah nk buat minum…
Kih2…  nk taw cita dya?? Aku bagi keratan akhbar rini… untuk renungan…
salami jiwa CoPy aNd PAsTE…


keratan MYmetro 




MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya.




KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

No comments:

Post a Comment