nie time bear tu kecik2... comel kn...
AGEE ternyata bukan sembarang beruang kutub. Berbanding beruang kutub biasa, Agee tidak ganas, sebaliknya sangat menyayangi manusia. Mempunyai berat 381 kilogram, Agee menjalin hubungan sangat akrab dengan pemiliknya, Mark Dumas. Hubungan mereka bermula apabila Dumas yang juga pelatih beruang mengambil Agee dari zoo ketika beruang kutub berkenaan masih kecil. Dumas membawa Agee keluar bagi membolehkan haiwan itu membintangi filem atau iklan komersial televisyen.
Sejak mengambil Agee dari zoo, Dumas, 60, membelainya dengan baik dan lama-kelamaan wujud kemesraan di antara kedua-dua makhluk berlainan spesies itu. Kata Dumas, dia dan isterinya menjaga Agee secara langsung. “Kami menyuap makanan kepada Agee sejak kecil dan keadaan itu membolehkan ia mempercayai kami,” katanya. Disebabkan kemesraan yang wujud begitu meyakinkan, Dumas tidak keberatan jika Agee bermain-main dengannya. Selain bergurau, Dumas dan Agee sering tidur dan berenang bersama-sama.
Berasal dari Abbotsford di British Columbia, Kanada, Dumas berkata, hanya dia dan isterinya boleh bergurau dengan Agee. “Jika orang lain, mungkin mereka menjadi hidangan makan malam Agee,” katanya. Menurut Dumas, manusia yang boleh diterima baik Agee hanyalah dia dan isterinya, Dawn. “Saya bekerja dengan beruang lebih 40 tahun. Justeru, saya boleh memahami bahasa badan Agee dan menentukan waktu sesuai untuk bermain dengannya,” katanya. Beruang kutub dianggap satu daripada haiwan pemangsa darat terbesar.Disebabkan hubungan mesra dengan Agee, Dumas berasa dia memiliki keistimewaan apabila mendapat kepercayaan haiwan berkenaan.“Saya seronok kerana boleh tidur bersama Agee,” katanya.
Sumber : mymetro@ahad
No comments:
Post a Comment