Thursday 7 July 2011

bekas perdana menteri britain dan al-quran??

Fakta menarik yang baru aku dpt.. tok di kongsi bersama... aku pn bwu taw ja nie... maklumlah jarang baca surat khabar.. hihihihih....  kisah bekas perdana menteri, tony blair anda kenai?? klaw xknai cari la kt wiki.com keh... nk taw kisah dya???? jom2... keratan akhbar kosmo...fakta nie...

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

hari2 bai baca quran..perdana menteri kowt... boley ambik masa baca al-quran hari2.. kita yg buat2 buzy mcm PM nie da masa ka hah??. adaoi...kita yg islam keturunan nie cmna ea??  PM kita pn mesti ada masa jgk kn??? alhmdulillah....lumrah la kn...aku pn bkn bguih sgt... tpi aku tulis nie pn bkn suka2.. tok pgjaran kt aku n kita smua... moga2 dpt la msj yg tersirat... aku harap pa yg aku tulis nie...buat aku berfikir dgn lebih matang..=)... ubah kepada baik kearah lebih baik... peace..V. 

sumber : KOSMO , penulis senja.

No comments:

Post a Comment