Friday, 15 July 2011

Hidangan sup anjing untuk sejukkan badan



SEOUL: Khamis mungkin bukan hari yang baik untuk menjadi anjing di Korea Selatan. Ini kerana ia antara tiga hari paling panas menurut kalendar Korea dan sup anjing adalah antara cara untuk mengatasi suhu panas.
Mereka yang berusaha melindungi tubuh daripada panas memakan makanan tradisional seperti sup ayam ginseng, belut dan ‘bo- shin-tang’ yang mengandungi daging anjing yang direbus dengan sayur serta rempah-ratus.
Anjing dipelihara di Korea Selatan untuk dimakan dan peminat berkata, ‘bo-shin- tang amat baik untuk kesihatan. 

Sebahagian orang menganggapnya makanan istimewa.

“Saya makan sup anjing kerana ia meningkatkan tenaga saya, meskipun ketika saya keletihan,” kata Shin Gwan-sup, 56, di sebuah restoran anjing. - Reuters 


sumber : myMetro 

2 comments: