Saturday, 3 September 2011

jalan yg lurus?




perjalanan seorang bekas pendakwah kristian

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di
satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah
ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan- kawan dengan begitu ilmiah.. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. . Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau….. “
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan
oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan
di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang…kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,
emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya menganut
Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu… Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. .. …
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu…
Islampun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah… ….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..purapura
….dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT… Saya paling bimbang di Universiti
Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam!!!


sumber : kisah farhan

kisah nabi ibrahim dan majusi (hikmah beri makan kepada bukan islam)





Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu"Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Wednesday, 31 August 2011

Raya di jitra


Pergrhhhh… penat bai beraya rini… wlupn raya ke-2 tpi tetap meriah… cbb raya 1st… aku habiskn masa aku di atas bumbung umhku tido… hahahaha… maklumlah pagi sebelum raya tu g uptown jln2… balik pn lewat… so time smyg raya hanggok jela keja aku… paham owg berkutubah(tido) hihihihihi…. So pgi tdi aku ciap2 la p umh makcik aku kt taman intan SP kedah… lepas lepak2 mkn2.. abah aku ajk aku p jitra.. beraya kt sna… dh lama gk la xp sna…  p dlm 2fmily… bertolak dalam pkul 3lebih la..smpai koi 4… xpasti.. cbb dok galik bawak keta… dgn sesaknya jalan semperna raya2 nie… tpi best la jumpa pakteh aku… alhmdulillah chat… asa happy gk la bla tgk fmily berkumpul ramai2… dh lama xasa suasana mcm tu.. last aku asa mcm nie time aku kolah rendah…. Hihihihih…. Bukan senang nk kumpoi ramai2 mcm nie… lepas nie xtaw bla plk nk jmpa… so wlupn xramai adk beradik belah abah aku yg ada… tpi ttp meriah…


pic bersama fmily tercinta

Aku harap di suatu masa yg lain kami dpt berkumpul ramai2 mcm nie lagi… semoga panjang umuq n murah rezeki…da masa da raya… selamat hari raya… hihihihi… chow…

Friday, 26 August 2011

tips megelak rumah anda dimasuki pencuri??

semperna cuti raya aidilfitri nie msti kdng2 kita asa tkt kn nk balik kampung... tkt2 rumah kita dimasuki pencuri.. so aku terbaca facebook bola,bola & bola... so aku copy & paste jela...nama pn jiwa copy paste kn...hihihii...so aku harap tips2 nie berguna untuk kita semua... nk tahu??? senang aja....






Tulis kat papan pastu gantung kat depan rumah ayat mcm 
ni..




✔"RUMAH UTK DISEWA/DIJUAL"



✔"RUMAH UTK DILELONG"


✔"RUMAH INI TELAH DISITA"



✔"RUMAH INI BERHANTU"




hihihihih...semoga tips2 nie dapat membantu anda menjaga rumah anda degan lebih bijak... hihihiih.... 

Thursday, 25 August 2011

Tips menjadi pramugari


Nk taw x syarat2 nk jadi pramugari kt korea, Indonesia , jepun dan austrilia??
Perghhh… klaw ampa  baca ampa nilai niri la betapa kejamnya dunia… hahaha
Spa yg teringin nk jadi pramugari tu hati2 la k…
Antara pemeriksaan fizikal asa untuk jadi pramugari ialah berbogel(separuh bogel)
Hinggan menampakan buah dada( payudara ) dan akan diraba untuk memastikan
Payudara anda besar… Tu la syarat nk jadi… anda sanggup ke?? Pergghh…
Yg best tu.. pemeriksa yg meraba tu laki… syok la mamat tu… paham2 la…
Stok2 pramugari smua lawa2 cun2… adoi… mcm2 kn… hope syarikat penerbagan MALAYSIA xmcm tu… so haty2 la spa2 ada niat nk jadi pramugari… fakta nie di
Beritahu oleh seorang bakal pramugari korea…


Hope boley control la social tu x lebih2… sesungguhnya maruah anda amat berharga… aku cakap nie atas dasar kemanusian… supaya kita lebih berhati2
Dalam mencari rezeki yg halal… n diredhoi…

Monday, 22 August 2011

penampar lah jawapannya....

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
 Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

       Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.


Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!! Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!


sumber CoPy PaSTE  : selatan online

Saturday, 20 August 2011

kenapa gereja?



kes baru…. Petaling jaya… baru2 nie kes jais serbu gereja… harini kes seorang bapa meletakan 5orang anak ke gereja… kerana lebih mempercayakan gereja… dalam erti kata lain… murtad la… hmmmm… dunia rini… seorang bapa (DUDA bercerai)yang berpendidikan tinggi.. seorang doctor.. seorang yg di anugerahkan oleh allah s.w.t dengan ilmu.. seorang MUSLIM atau ISLAM. Hancur…  yg sempoinya… gereja rasa bersalah… tapi bapa budak2 nie plk.. xasa bersalah sebab meyekutukan allah… pa cer?? Geng2 gereja tkt nk jaga budak2 nie… tkt kena serbu dgn JAIS… so gereja nie mintak la bantuan  rumah kebajikan Baitul Fiq. Bila dh nk setel elok2… bapa budak2 nie xmaw… so nmpk sgt dya nie nk murtad.. walaupn xlafaz… tapi dari segi perbuatan.. boleh dikatakan hampir pasti bapak budak2 murtad.yela punya la banyak pusat jagaan lain selain gereja..tpi dya tetep pilih gereja.. Tpi aku hairan gk la.. sistem yg malaysia guna pakai nie aku asa xmasuk akal la… yela.. hak agama ditentukan oleh bapa… so klaw bapak tu nk murtad so anak2 pn kena murtad la… yg pasti bawah umur bawah18?? mana la pergi ibu budak2 nie.. biaq anak2 dya cm2 ja.. hmmm..selamatkan la anak2 tu… budak tux taw pa2… paham2 la klaw dh dok gereja…klaw ilmu dunia tinggi sgt pn ssh… adoi… xtaw nk kata pa… semoga allah buka pintu haty kita supaya kembali ke jalan yang benar..amin.



Friday, 19 August 2011

kisah ALI SETAN??




                                                            


Ada kenal  Azmil Mustapha ???  ala ALI SETAN Pelakon  diera 80-an.. yg memegang watak utama dalam film ALI SETAN tu… pa kes?? Cm2 la dugaan bagi seorang pendakwah… mcm2 dugaan… aku harap ustaz azmil nie bnyk2 bersabaq la… sesungguhnya allah bersama2 anda…  ahli surau buat laporan polis??? Sebab konon2nya ustaz azmil nie seorang pendakwah politik..?? nie la masalahnya owg melayu sekarang… bila OTAK dh penuh dgn hiburan… sampai seruan agama pn di salah tafsirkan… owg melayu nie bila dh tabsub(gila) politik… kdng2 sampai agama pn tolak tepi… bagi aku secara positive la..pa yg dya cakap nie ada betoinya…

“Azmil turut mempertikaikan perlembagaan sekarang yang perlu ditukar kepada keluhuran al-Quran selain tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang Dipertuan Agong serta yang perlu diagungkan adalah Tuhan(ALLAH),”

Ampa asa salahkah pa yg dya kata tu??? Dya xbermaksud untuk menghapuskan kedaulatan raja-raja melayu dya jz cakap TIDAK PERLU MENGAGUNGKAN2 sultan n yang dipertuan –agong. Salahkah kita tinggikan AL-QURAN. Aku kurang baca quran pn cbb apa?? Sebab kerajaan  xda galakan aku suh baca quran?? Ada ka kerajaan buat iklan kt TV mari baca quran?? Xda kn?? Cebab tu la aku kurang baca quran… bukan aku saja…kita semua la secara umumnya… cbb tu dya nk tukaq kepada keluhuran  quran.. azmil Mustapha nie ada jgk kata yg melayu nie bodoh!! Aku tetap sokong… sebab aku sedaq.. aku mmg bodoh…  habaq mai sat kt aku spa asa dya pndai..?? allah kurniakan dya hidayah.. petunjuk.. tpi owg melayu sllu fikir dya nie terok.. xkn nk tggu dya jadi SETAN baru owg nk agung2kn dya… jz fikir la jauh2.. fikir positive… jgn taksub politik sgt smpai soal agama pn dh jadi no2.. sekurang2nya dya dh lepas tngjwab dya..kita nie?? Hmmmm… fikir2 la… bukan nk menjatuhkn sapa2 jz nk kita nie lebih terbuka… kita nie terlalu agong2kn artis daripada ulama… bukan aku nk sembng baik… aku sdaq aku terok…tpi pa punca aku teruk??sebab budaya politik skunk… so fikir2 la… klaw dya ceramah politik… kenapa sampai skunk dya xdaftar pemilih?? Kenapa dya xdaftar dimna2 parti politik?? Fikirla sejenak… bila dunia ,politik, harta, pgkat dipndng tinggi.. soal agama pn hilang tah kemana.. sory to says. Wahai bilal masjid n Jemaah msjid yang buat laporan polis.. sedarlah… allah kurniakan ilmu untuk disebar2kan.. bukan untuk dipolitikan…sesungguhya allah maha megetahui n maha pemberi balasan..

ketika muda remaja...sebelum mendapat petunjuk allah

ÙˆَÙ…َÙ†ۡ Ø£َØ­ۡسَÙ†ُ Ù‚َÙˆۡلاً۬ Ù…ِّÙ…َّÙ† دَعَØ¢ Ø¥ِÙ„َÙ‰ ٱللَّÙ‡ِ ÙˆَعَÙ…ِÙ„َ صَÙ€ٰÙ„ِØ­ً۬ا ÙˆَÙ‚َالَ Ø¥ِÙ†َّÙ†ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ ٱلۡÙ…ُسۡÙ„ِÙ…ِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
(al-Fussilat: 33)

Isteriku ampunya kekasih lain???



Pa perasaan anda bila dpt taw isteri anda baru 5 bulan kawin da laki lain???
Seedy kah?? Suka kah?? Atau ala… xpa... kami social??... klaw aku msti la hancur haty..
Bayangkn la.. wanita yg kita sanjung yg digelar isteri tiba2 curang n ada laki lain..
Kes nie berlaku kt johor bahru.. “Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang
mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya,”itu kata laki dya..
yang cuba menyembunyikan perasaan kecewa… kononnya nk menyelamatkan la… aku asa…dya
memang  bara tu.. xksh la psai tu.. tpi kita kena taw…dimanakah punca atau mulanya kes nie??
Mesti la FACEBOOk… bila FACEBOOk disalah gunakan..beginilah jadinya…  bila terlalu social..
Menurut  laki dya lagi… bini dya nie keja kilang ja… tapi idup mewah… dya sanggup memikat laki
Xkira status… selain itu.. minah nie jgk mengaku bujang… untuk  memastikan dirinya masih HOT..
Pengajaran kt cnie.. klaw dh kawin tu… kurang2kn lah berFACEBOOk
Klaw ikt FAKTA , FACEBOOK merupakan punca terbesar penceraian di EURO.
Jagalah kehormatan diri anda selaku wanita.. supaya anda di pandang tingggi oleh lelaki2 soleh..

JiWa CoPy & PaStE

hilang 4 jari kerana????




Assalammualaikum n salam sejahtera to all kawan2… mlm nie… kawe nk  story2 la kejadian atau isu semasa yg berlaku di sekeliling kita…  nk taw pa storynya??  4jari tangan putus…. Klaw dngaq psai putus jari nie.. msti rmai yg kata…ala… budak2 mai mercun.. besa la tu… tpi nie lain ckit…. Nie bukan budak2 keh… nie owg tua… so hayati la.. pakcik nie.. dari kuala Terengganu.. ngah ismail…umuq 69 cm2 la…. Seorang peniaga kecil- kecilan… kes nie berlaku.. apabila… ank menantunya belikan mesin tebu baru…  mesin lama dh osak… so nk jadi cita.. seperti kebiasaan petang.. pakcik nie sedang asyik mesin tebu..tanpa disedari… mesin yang memerah tebu itu.. memerah jarinya… perghhh…. Paham2 la… mcmmna asa manisnya ayaq tebu tu.. mcm tu la asa sakitnya jari pakcik nie… yg budak cara budak2…yg tu cara tua… so hati2 la… nie pgajaran tok kita… supaya kita lebih berhati2… aku turut bersimpati dgn nasib pakcik nie… so to all peniaga, pemandu, penggur, n all la… haty2 la… tanpa kita sedari… jari kita boleh hilng dalam beberapa saat sahaja… wsalam….


JiWa CoPy & PaStE

Thursday, 18 August 2011

Kisah Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti kepada Ibu Bapanya.




Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut  dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.

jodoh pertemuan ditangan tuhan

jodoh pertemuan ditagan tuhan....aku stuju sgt kata2 nie....aku cita nie cbb ada 1 kes... bawu ja kawin... bawu nk asa bahagia.... dh allah tarik kebahgian tu.... nk taw cita?? kes nie berlaku kt pasangan pengantin dari wigan, England.



lepa p la bulan madu kt lautan hindi... dok lepak2 kt pntai... c isteri nie dpt berita yg laki nie mati cbb di baham jerung... sat ja kn... bawu 11 ary kawin... dh jadi janda.... so... kita yg muda2 nie...jgn dok igt nk tongkat dunia ja... sdaq la... bla2 time kita boley kembali kepadanya... laki nie mati disebabkn sebahagian besar badannya dimakan... walaupn berjaya diselamatkn... mamat nie mati mati disebabkn kehilngan banyak darah... so hati2 la mndi laut... malang xberbau... JiWa CoPy PaSt

Tuesday, 16 August 2011

marlon kembali ke kedah???




selaku peminat setia kedah... aku dgq2 cita marlon nk kembali beraksi untuk kedah??

 berita kembalinya striker( penyerang ) MARLON ALEX JAMES ke kedah 

diharap boleh la  bantu kedah kembali di tahap sebenar.... bagi aku la ..aku asa... klaw faktor umur 

bekas penyerang MK LAND nie agak kureng ckit la... 

cbb dh tua... umuq 32 tahun.. klaw ley ambik yg muda2 ckit xpa... walaubagaimana faktor umor nie  

bukanlah satu faktor yg terlalu penting... yg penting kecergasan n bisa( berbisa la)...cbb penyerang singapura 

power ja walaupon umuq 41....aku harap mamat dari negara St. Vincent & Grenadines dapat la bantu 

kedah kembali diera Double Trouble!!!.. 


zaman kegemilangan KEDAH menjulang Piala MALAYSIA

tikus gergasi??

mai tgk maih... tikus raksaksa... hahahah....gila punya bsaq... dh la gila... bsaq plk kot ats.... adoi...

tikus kecik lalu dpn mata pn dh geli... nie kn pulak bsaq.... to all kucing2 nie la lawan ampa... hahahaha... kucing 

pn pikiaq 2 3 kali la nk mkn tikus nie...hak3... jom2 usha2...
 JiWa CoPy N PaStE





Sunday, 14 August 2011

mitos khasiat air mayat??


Air mandian jenazah boleh ubati penyakit HIV dan ketagihan dadah??
Biaq btoi… hahahaha… da ka spa2 yg sanggup minum?? Mcm2 kn…
Aku nk mandikn jenazah pn tkt… nie kn plk nk minum… gila kowt… tpi mmg ada
Yang sanggup minum… smua gara2 nk berubah… mmg la bguih nk berubah…
Tpi biaq la kena pada tempat… ayaq kotor tu… mayat… ala2 mndy wajib la…
Ampa sanggup ka minum ayaq mndy wajib ampa?? Adoi… ayaq mani la.. darah
Haid la…mcm2… tu pn ada yg sgup tadah nk buat minum…
Kih2…  nk taw cita dya?? Aku bagi keratan akhbar rini… untuk renungan…
salami jiwa CoPy aNd PAsTE…


keratan MYmetro 




MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya.




KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.