Wednesday, 9 January 2013

keistimewaan penjara sudan


Tergerak hatiku untuk berkongsi pecutian ke penjara sudan...

sebut penjara ja semua taw..bagai mana keadaan tempat tersebuat... tapi aku asa penjara kt Malaysia ag selesa kowt...so yang mana dok merungut dalam penjara tu...renung2kan lah..hihihih.. kira patot bersyukurla penjaraa selesa...kalaw nk merungut...lepas nie insaf2 lah... xyah bt jahat..so xmasuk la penjara...sekadar kongsi2 aja...

1.penjara di negara miskin
2.banduan mati belum sempat dilepaskan atau kes selesai
3.keselesaan atau keseksaan

selamat bercuti...














Monday, 12 November 2012

hati tengah sedih!!!!


Ku Mengerti Perpisahan Ini
Bukan Kerana Kau Membenci
Tapi Kasih Yang Pernah Ku Beri
Tiada Lagi Bersama

Sering Kala Aku Terlihatkan Mu
Impian Nan Indah Julang Bahagia

Ku Harungi Hari Demi Hari
Bersama Wajah Tak Mungkin Akan Kembali
Tapi Hati Masih Tak Terima
Ditinggalkan Sengsara

Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu

Tak Sanggup Aku Kehilangan
Kehilanganmu
Oh…Oh…..
Yea…Yea…..

Masih Tercari-Cari
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Masih Tercari-Cari Bayanganmu
Tak Sanggup Aku Kehilanganmu


lagu nie aku tuju kepada ssowg yg aku penah cyg..... aku trigt kt dya...peace


Saturday, 10 November 2012

makan bersama syaitan

 Assalammualaikum... taw dak kadang2 kita makan bersama syaitan??
bagi kebiasaan manusia makanan adalah element yg pnting untuk menambahkn tenaga.. dalam erti kata lain makan apabila lapaq... hihihi... tahukah kita makanan terdiri dari 2 element yang penting...

   1.      Rohani(roh)
       2.  Jasmani(jasad)

Nie pandangan aku la..kira mcm fakta niri... hahaha... makanan terdiri dari 2 unsur diatas... contohla... kita diajaq hal2 berdoa sebelum makan... basuh tanagn sebelum makan...hilangkan bau2 makanan selepas makan..dan makan  menggunakan tangan kanan...

1.syaitan akan makan bersama2 manusia yang tidak membaca doa atau meyebut nama Allah.. so tanpa kita sedari syaitan telah makan makanan rohani kita(kira mcm makan makanan untuh roh kita).... walhal jasad makanan seolah2 tidak disentuh oleh syaitan..

2.makan dan minumlah dengan tangan kanan.

 Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis di dalam sahihnya, “Abdullah bin Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian makan, hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum hendaknya dia minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”
( Hadis Riwayat Imam Bukhari (7/171-Fathul bari)

 3.basuh tangan sebelum dan selepas makan serta hilangkan bau2 makanan yg masih berbau...
Pesan NABI kita

 “Siapa-siapa makan hendaklah basuh tangan dan mulut hingga hilang bau dan sisa-sisa makanan yang melekat di mulut bagi menjauhkan dari jilatan syaitan. Sama jua apabila kita "bersama" isteri hendaklah menyebut nama Allah.” 

Doa makan dan sebelum makan...moga2 kita  xkongi makanan dgn golongan yg dilaknat Allah..




Thursday, 8 November 2012

pesan nabi (tentang jodoh)




Hye2...selamat malam... jz nk kongsi2 ckit soal jodoh...terutama kepada mereka2 yg igin melangsungkan perkahwinan...hihihihih.... kira nie mcm wasiat @ owg melayu cakap pesan nabi kita lah...iaitu nabi Muhammad s.a.w 

Untuk golongan laki2
1.       

sabda baginda..

 “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 
 Imam Bukhari dan Imam Muslim 


Untuk golongan wanita

2.   
    Sabda baginda..

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Kesimpulan dari hadis nie  yg aku paham... contoh 1.... kita minat dgn 2 owg wanita yg cukup sifatnya.. hartanya..wajahnya... dan kita buntu atau blur nk pilih yg mana...so kita pilih la yg beragama... tapi tidak bermaksud kita kna pilih yg alim ja... cbb kaum adam harauslah membimbing menjadi imam mereka.. supaya dapat membawa amanah nie menuju ke syurga Allah.



Contoh ke2.(dlm dunia sekarang) Kira mcm kalaw kita knai dya... dya baik dan mai meminang dgn cara elok2.. kita selok2nya terima... walaupon dya tu laki orang... cbb sahabat nabi ada tny baginda... walaupon lelaki terbabit sudah berkahwin... kalaw laki tu adil.. dan sempurna agamanya... elok la c wanita terima.. dunia la..mcm2 fitnah jadi kt kaum hawa... kalaw kwin lambat kna kata... kwin awai kna kata... mgandung awai kna kata...xmgndung lagi la kna kata... so kwin cpt2 xpa... trpelihara maruah anda... siapkah yang kelak menjadi imam dan makmumku???salammmmm



Monday, 5 November 2012

K-POP versi rock




abe K-POP tension keja.....soe video senget... xeti nk adjust...hahaha.... layan jela nah....selamat menonton..







Friday, 7 September 2012

AYAH & IBU


asSalamMuaLaIkum…..

Tadi aku merentasi waktu menyelami pahit getir 3 sahabat yg aku baru kenali.. masing2 punya cerita yang berbeza…tpi berkongsi rasa hati yang sama…

1.lina insan yg sudah kehilanagan ibu tercinta..memberontak kerana kurang kasih cyg seorang ibu…

2.wanie. sama seperti lina.. insan yang sudah kehilangan seorang bapa..dan terpaksa memikul tanggungjwab menjaga adk2..

 3.along. laki.. kehilangan kedua insan yg digelar ibu bapa… dikabarkan along dibuang..



Bukan keburukan yg ingin disampaikan…jz Cuma apa nasib mereka?? Penah ka kita menilai dan memikir sejenak apa perasaan mereka… apa yg mereka makan?? Apa yg mereka pakai… bagaimna dgn raya mereka?? Walaupun mereka ini kurang kasih cyg…mereka sering bersama.. mengisi masa lapang.. mereka sering menghabiskan masa di pantai mengenang  kedua ibu bapa mereka.. lain pula bagi aku… mempunyai kedua ibubapa… mempunyai kasih cyg keduanya… walaupun cuba memahami mereka.. aku tetep tidak dapat merasa apa yg mereka lalui… aku bersyukur dgn apa yg Allah s.w.t beri kepadaku..dan aku perlu bersdia dan redho dgn apa jua yg bakan mendatang.. kerana ramai lagi yg sudah merasa keperitan ini… bnyk benda yg aku nk kongsi… tpi aku asa bukan sekarang…cukuplah sekadar pendahuluan… sekian...

Tuesday, 31 July 2012

BaBI OH! baBi (Daging Babi Diharamkan Kerana Sex Bebas?)


dh lama xcopy paste story2...tba2 tergerak nk copy paste cita2 menarik... mna la taw ampa sahur awl...xtaw nk bt pa...ley la baca.....hihiihih....nie pn terbaca kt fb mbe...so...copy jela....layan2,,,,



Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.

Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam. 
... 
Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. 

Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi. 

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina. 

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan. 

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan. 

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.


Saturday, 3 September 2011

jalan yg lurus?




perjalanan seorang bekas pendakwah kristian

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di
satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah
ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan- kawan dengan begitu ilmiah.. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. . Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau….. “
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan
oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan
di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang…kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,
emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya menganut
Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu… Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. .. …
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu…
Islampun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah… ….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..purapura
….dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT… Saya paling bimbang di Universiti
Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam!!!


sumber : kisah farhan

kisah nabi ibrahim dan majusi (hikmah beri makan kepada bukan islam)





Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu"Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Wednesday, 31 August 2011

Raya di jitra


Pergrhhhh… penat bai beraya rini… wlupn raya ke-2 tpi tetap meriah… cbb raya 1st… aku habiskn masa aku di atas bumbung umhku tido… hahahaha… maklumlah pagi sebelum raya tu g uptown jln2… balik pn lewat… so time smyg raya hanggok jela keja aku… paham owg berkutubah(tido) hihihihihi…. So pgi tdi aku ciap2 la p umh makcik aku kt taman intan SP kedah… lepas lepak2 mkn2.. abah aku ajk aku p jitra.. beraya kt sna… dh lama gk la xp sna…  p dlm 2fmily… bertolak dalam pkul 3lebih la..smpai koi 4… xpasti.. cbb dok galik bawak keta… dgn sesaknya jalan semperna raya2 nie… tpi best la jumpa pakteh aku… alhmdulillah chat… asa happy gk la bla tgk fmily berkumpul ramai2… dh lama xasa suasana mcm tu.. last aku asa mcm nie time aku kolah rendah…. Hihihihih…. Bukan senang nk kumpoi ramai2 mcm nie… lepas nie xtaw bla plk nk jmpa… so wlupn xramai adk beradik belah abah aku yg ada… tpi ttp meriah…


pic bersama fmily tercinta

Aku harap di suatu masa yg lain kami dpt berkumpul ramai2 mcm nie lagi… semoga panjang umuq n murah rezeki…da masa da raya… selamat hari raya… hihihihi… chow…

Friday, 26 August 2011

tips megelak rumah anda dimasuki pencuri??

semperna cuti raya aidilfitri nie msti kdng2 kita asa tkt kn nk balik kampung... tkt2 rumah kita dimasuki pencuri.. so aku terbaca facebook bola,bola & bola... so aku copy & paste jela...nama pn jiwa copy paste kn...hihihii...so aku harap tips2 nie berguna untuk kita semua... nk tahu??? senang aja....






Tulis kat papan pastu gantung kat depan rumah ayat mcm 
ni..




✔"RUMAH UTK DISEWA/DIJUAL"



✔"RUMAH UTK DILELONG"


✔"RUMAH INI TELAH DISITA"



✔"RUMAH INI BERHANTU"




hihihihih...semoga tips2 nie dapat membantu anda menjaga rumah anda degan lebih bijak... hihihiih.... 

Thursday, 25 August 2011

Tips menjadi pramugari


Nk taw x syarat2 nk jadi pramugari kt korea, Indonesia , jepun dan austrilia??
Perghhh… klaw ampa  baca ampa nilai niri la betapa kejamnya dunia… hahaha
Spa yg teringin nk jadi pramugari tu hati2 la k…
Antara pemeriksaan fizikal asa untuk jadi pramugari ialah berbogel(separuh bogel)
Hinggan menampakan buah dada( payudara ) dan akan diraba untuk memastikan
Payudara anda besar… Tu la syarat nk jadi… anda sanggup ke?? Pergghh…
Yg best tu.. pemeriksa yg meraba tu laki… syok la mamat tu… paham2 la…
Stok2 pramugari smua lawa2 cun2… adoi… mcm2 kn… hope syarikat penerbagan MALAYSIA xmcm tu… so haty2 la spa2 ada niat nk jadi pramugari… fakta nie di
Beritahu oleh seorang bakal pramugari korea…


Hope boley control la social tu x lebih2… sesungguhnya maruah anda amat berharga… aku cakap nie atas dasar kemanusian… supaya kita lebih berhati2
Dalam mencari rezeki yg halal… n diredhoi…

Monday, 22 August 2011

penampar lah jawapannya....

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
 Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

       Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.


Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!! Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!


sumber CoPy PaSTE  : selatan online

Saturday, 20 August 2011

kenapa gereja?



kes baru…. Petaling jaya… baru2 nie kes jais serbu gereja… harini kes seorang bapa meletakan 5orang anak ke gereja… kerana lebih mempercayakan gereja… dalam erti kata lain… murtad la… hmmmm… dunia rini… seorang bapa (DUDA bercerai)yang berpendidikan tinggi.. seorang doctor.. seorang yg di anugerahkan oleh allah s.w.t dengan ilmu.. seorang MUSLIM atau ISLAM. Hancur…  yg sempoinya… gereja rasa bersalah… tapi bapa budak2 nie plk.. xasa bersalah sebab meyekutukan allah… pa cer?? Geng2 gereja tkt nk jaga budak2 nie… tkt kena serbu dgn JAIS… so gereja nie mintak la bantuan  rumah kebajikan Baitul Fiq. Bila dh nk setel elok2… bapa budak2 nie xmaw… so nmpk sgt dya nie nk murtad.. walaupn xlafaz… tapi dari segi perbuatan.. boleh dikatakan hampir pasti bapak budak2 murtad.yela punya la banyak pusat jagaan lain selain gereja..tpi dya tetep pilih gereja.. Tpi aku hairan gk la.. sistem yg malaysia guna pakai nie aku asa xmasuk akal la… yela.. hak agama ditentukan oleh bapa… so klaw bapak tu nk murtad so anak2 pn kena murtad la… yg pasti bawah umur bawah18?? mana la pergi ibu budak2 nie.. biaq anak2 dya cm2 ja.. hmmm..selamatkan la anak2 tu… budak tux taw pa2… paham2 la klaw dh dok gereja…klaw ilmu dunia tinggi sgt pn ssh… adoi… xtaw nk kata pa… semoga allah buka pintu haty kita supaya kembali ke jalan yang benar..amin.